Monday, August 24, 2015

Kurikulum Permata Negara



Falsafah Kurikulum Permata
"Sejak lahir kanak-kanak sudah boleh diasuh dan dididik agi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecergasan mereka agar dapat menguasai kemahiran komunikasi, awal literasi, awal matematik, pemikiran logik dan pengetahuan asas tentag dunia persekitaran, di samping kemahiran mengurus diri dan amalan nilai-nilai murni agar menjadi individu yang bersahsiah mulia,berdikari, berintelek tinggi, patriotik dan dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi moden dan persekitaran pelbagai budaya dalam negara dan antarabangsa. Usaha ini memerlukan komitmen dan kolaborasi ibu bapa dan komuniti, kerana setiap kanak-kanak umpama PERMATA yang tidak ternilai harganya"

Malamat Kurikulum Permata
" Matlamat kurikulum Permata Neara ialah untuk menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu untuk kanak-kanak yang berumur 0-4 tahun. Kurikulum ini juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti untuk melahirkan modal insan negara yang mempunyai sahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menghargai kepelbagaian budaya, patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat "

Latar belakang Program Permata Negara


  • Program Permata Negara telah diketuai oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2004/2005.
  • Program ini adalag sebagai langkah untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja dan belia.
  • Sebagai langkah permulaan, NCDRC ( Natinoal Child Development ) telah ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menguruskan pembinaan kurikulum Permata dan perlaksanaan penyelidikan yang berkaitan.
  • NCDRC juga dipertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepada pelatih dan pendidik Permata.
  • Jemaah Menteri pada 21Jun 2006 telah meluluskan dasar komprehensif dan holistik berhubung dengan asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dikenali sebagai "Setiap Anak Permata Negara "
  • Pada Mei 2007, projek perintis Permata Negara telah dilaksanakan di lima buah pusat Anak Permata Negara iaitu di Putrajaya, Chini, Subang Jaya, Kepala Batas dan Mempaga. 
  • Lanjutan itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memperluaskan program Permata Negara dan pelaksanaanya ke semua TASKA di bawah kelolaan kerajaan seperti KEMAS, JPNIN, Taska Komuniti dan Taska Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.
  • Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan sebanyak 20 juta dalam rancangan ke-9 untuk perluasan Program Permata Negara.
  • Pada 2010, satu penyelidikan yang menyeluruh telah dijalankan oleh jawatankuasa Teknikal Kokurikulum dan Penyelidikan untuk menentukan keberkesanan kurikulum Permata.
  • Laporan penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa perlaksanaan kurikulum Permata oleh pihak-pihak berkenaan dijalankan dengan efisyen dan berkesan. 


Objektif Kurikulum Permata Negara
Objektif Kurikulum Permata Negara adalah untuk menyediakan garis panduan kepada pendidik melaksanakan aktiviti pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi mencapai hasil pembelajaran yan telah ditetapkan iaitu:

  1. Membina emosi, akhlak dan spiritual kanak-kanak untuk melahirkan individu yang bersahsiah muia, tenang, ceria, bersopan santun, penyayang berempati da adil.
  2. Membina kemahiran interpersonal da sosial yang baik untu membolehkan kanak-kanak bergaul dalam masyarakat pelbagai budaya.
  3. Membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal bahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bhasa Ibunda
  4. Melatih kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan boleh membuat keputusan berdsarkan kebolehan diri
  5. Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran moto kasar dan moto halus serta fizikal yang mampan
  6. Membina kemahiran awal matematik dan pemikiran logik kanak-kanak serta keupayaan merekamenumpukan perhatian
  7. Mmebina hubungan positif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak-pihak berkenaan yang boleh menyumbang kepada pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak

Model Konseptual Permata Negara
Kurikulum Permata Negara dibina berasaskan kepada konsep berikut: 
  1. Pendidikan secara holistik atau whole learning
  2. Pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun)
  3. Pengupayaan kanak-kanak (empowerment)
  4. Penyertaan aktif ibu bapa dan komuniti
  5. Asas pengasuhan yang berkualiti
  6. Perkembangan embelajaran 
  7. Penaksiran dan penilaian
Skop Kurikulum Permata
Skop Permata Negara terbahagi kepada dua iaitu pengasuhan dan pembelajaran. 

A) Aspek asas pengasuhan
  • Pemakanan seimbang
  • Keselamatan kanak-kanak
  • Penjagaan dan latihan urus diri bayi dan kanak-kanak
  • Amalan pengasuhan
B) Bidang pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
  • Perkembangan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
  • Perkembangan bahasa, komunikasi, dan literasi awal
  • Perkembangan awal matemataik dan pemikiran logik
  • Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
  • Perkembangan fizikal dan psikomotor
  • Perkembangan kreativiti dan estetika
Contoh 

Contoh

Ciri-Ciri Pendidik Permata Negara
  1. Berpengalaman dalam bidang pendidikan dan berkemahiran dakam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak
  2. Berpengetahuan dalam bidang pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak
  3. Kreatif dalam merancang aktiviti kanak-kanak
  4. Memahami keperluan dan psikologi kanak-kanak
  5. Berkemahiran melayan, mengendali dan mengurus kanak-kanak
Pendidik dan Pengasuh Taska Permata Negara

Keistimewaan Permata Negara
  1. Ianya merupakan Kurikulum yang mengintegrasi secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik.
  2. Menekankan kepada amalan sentuhan dan belaian, mesra dan kasih sayang yang mampu melahirkan insan yang ceria, positif dan yakin diri.
  3. Menggalakkan interaksi dengan kanak-kanak yang dapat membina kemahiran sosial dan penguasaan bahasa (bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Ibunda)
  4. Mendedahkan kanak-kanak kepada persekitara semulajadi, tradisi dan budaya pelbagai kaum di Malaysia yang dapat melahirkan warganegara yang toleran dan inklusif
  5. Menitikberatkan kepentingan amalan pemakanan sihat, bersih dan berkhasiat untuk kanak-kanak
  6. Mewajibkan kolaborasi ibu bapa dan Taska untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak dan kesinambungan asuahn dan didikan awal 
Untuk maklumat yang lebih terperinci anda boleh klik pautan tersebut :
http://www.permata.jpm.my/1/directory.php


No comments:

Post a Comment