Monday, August 24, 2015

Program-Program Berkala Prasekolah


Pengenalan

Program berkala prasekolah adalah sesuatu projek jangka masa pendek atau panjang yang dijalankan oleh pihak prasekolah. Program tersebut adalah berdasarkan guru dan kolaborasi pihak sekolah dan pihak ibu bapa

Objektif Penyediaan Program
  1. Memudahkan pihak pengurusan merancang aktiviti untuk kanak-kanak selain daripada aktiviti harian
  2. Ibu bapa berpeluang mengetahui dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
  3. Kanak-kanak mendapat faedah daripada aktiviti yang dijalankan.
Jenis-Jenis Program Yang Boleh Dirancang

1. Pendaftaran dan Minggu Suai Kenal
  • Kanak-kanak boleh berkenalan dengan rakan-rakan yang baru seacara formal.
  • Aktiviti yang dijalankan membantu kanak-kanak berinteraksi dan berkomunikasi.
  • Kanak-kanak boleh memilih aktiviti yang digemari.
  • Guru/pengasuh dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih dekat lagi.
Gelagak kanak-kanak di hari minggu suai kenal

Aktiviti di hari suai kenal
2. Perjumpaan Ibu Bapa
  • Membolehkan guru dapat mengenali ahli keluarga kanak-kanak dan memahami dengan lebih mendalam karakter kanak-kanak di rumah.
  • Membincangkan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan
  • Membina hubungan baik dengan pihak sekolah
Perjumpaan ibu bapa dengan guru

Sesi temu bual antara ibu bapa dan guru
3. Sambutan Hari Jadi
  • Untuk menghargai kanak-kanak supaya mereka merasa seronok.
  • Boleh dibuat secara berkumpulan dengan mengumpul beberapa bulan sekali kank-kanak menyambut hari jadi.
  • Mmebuat persediaan termasuk aktiviti dan makanan.
  • Boleh memohon sumbangan dari aspek kewangan dan bahan.
Sesi kanak-kanak bergambar bersama guru di majlis hari jadi

Majlis hari jadi kanak-kanak
4. Lawatan
  • Sekurang-kurangnya dibuat dua kali setahun.
  • Kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan pengalaman baru secara hands on.
  • Mereka perlu diberi persekitaran yang dapat meneroka, merangsang dan menyeronokkan.
Lawatan ke Pangkalan Tentera Udara

Lawatan ke zoo 

Lawatan ke muzium padi

Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat
5. Sukan
  • Melahirkan kanak-kanak yang cergas, sihat dan aktif bersukan
  • Merapatkan hubungan dengan ibu bapa dalam bersama-sama membuat persiapan dengan menjadi AJK semasa dan selepas aktiviti
  • Memupuk kerjasama dan bertanggungjawab di kalangan kanak-kanak semasa bersukan
Aktiviti perarakan 

Pertandingan/ acara untuk kanak-kanak

6. Hari Graduan atau Konvokesyen 
  • Meraikan kanak-kanak tamat pengajian mereka di peringkat prasekolah
  • Kanak-kanak memakai jubah dan etika pakaian graduan
  • Perancangan rapi dan melibatkan permuafakatan sebagai ahli jawatankuasa
  • Acara sambutan meliputi persembahan kanak-kanak dan sijil serta hadiah dan anugerah kanak-kanak yang cemerlang
Kanak-kanak menerima sijil dan penghargaan dari guru
Persembahan kanak-kanak di majlis graduasi

Majlis graduasi prasekolah






No comments:

Post a Comment