Saturday, August 22, 2015

Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Istilah Kanak-Kanak
Kanak-kanak dirujuk kepada jangka masa daripada saat kelahiran hingga berumur lapan tahun. Istilah ini digunapakai oleh NAEYC (National Association for the Education of Young Children).

Ringkasan sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Sebelum merdeka
- Pendidikan awal kanak-kanak diselenggara oleh pihak gereja dan pihak swasta.
- Ia nya dipengaruhi oleh sistem British.
- Tertumpu kepada orang-orang kaya dan bangsawan sahaja.
- Kanak-kanak di luar bandarketinggalan dan tidak mendapat pendidikan awal.

Selepas merdeka
- Pada tahun 1969, ada satu peruntukan yang dinamkaan Asia Foundation diberikan kepada ' Malaysia Workers Crops '.
- Tujuanya untuk menubuhkan model prasekolah dengan mencontohi program ' Heard Stact ' di USA.
- Ianya melibatkan 3 buah kampung di Selangor.
- Sasaranya ialah kepada kanak-kanak pelbagai kaum dari golongan yang berpendapatan rendah.

Pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak terawal di Malaysia

KEMAS ( Kemajuan Masyarakat)
- Pada tahun 1970, projek rintis ditubuhkan yang dikenali sebagai TABIKA. Ia beroperasi di luar bandar dan di kampung.
FELDA
- Pada tahun 1970, Felda menubuhkan prasekolah sebagai sebahagian sumbangan kebajikan kepada peneroka.
Jabatan Perpaduan Integrasi Negara (JPNIN)
- Pada tahun 1976, JPNIN menubuhkan tadika sebagai landasan perpaduan dalam kalangan kaum berbilang etnik.
RISDA
- Risda memberi sumbangan terhadap pendidikan awal kanak-kanak kepada pekebun-pekebun kecil (getah) di luar bandar.
Pusat perkembangan kokurikulum
- Pada tahun 1972, di bawah tajaan Bernad Van Leer Foundation telah menghasilkan garis panduan untuk taman asuhan kanak-kanak. Lantikan guru bermula semenjak tahun 1972 hingga 1976 yang dibiayai oleh UNICEF. Seramai 137 orang terdiri daripada guru sekolah rendah, pegawai KEMAS, dan pegawai pendidikan prasekolah terlibat dalam program ini.

No comments:

Post a Comment