BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
1. Pengurusan Murid
- Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
- Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.
- Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.
PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Pembantu Pengurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti
berikut:-
2. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
- Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
- Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
- Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah
- Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah
- Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
- Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah
- Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
- Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid- murid yang bermasalah.
- Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
- Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.
3. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
- Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan
- Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
- Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
- Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
- Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
- Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
- Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti- aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
- Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajarandan pembelajaran prasekolah.
4. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih
- Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
- Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
- Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
- Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
- Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
- Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid samaada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
- Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti- aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
- Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.
5. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
- Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa berkeadaan bersih.
- Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
- Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
- Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
- Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
- Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.