Saturday, August 29, 2015

Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID


1. Pengurusan Murid 

  • Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
  • Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.
  • Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta       menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID
Pembantu Pengurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas seperti
berikut:-


2. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

  • Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
  • Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
  • Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah
  • Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah
  • Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
  • Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah
  • Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagi mendapatkan       maklumat berkaitan prasekolah.
  • Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagi murid- murid yang bermasalah.
  • Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengan kewangan prasekolah.
  • Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterima untuk prasekolah.



3. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah

  • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan
  • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang   bimbingan dan asuhan.
  • Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
  • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia     untuk belajar.
  • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai                           dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
  • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
  • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-   aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
  • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajarandan pembelajaran prasekolah.



4Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih

  • Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
  • Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagi meransang bimbingan dan asuhan.
  • Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
  • Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supaya bersedia untuk belajar.
  • Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengan keperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
  • Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid samaada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.
  • Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankan aktiviti-   aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
  • Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan pembelajaran prasekolah.



5. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid

  • Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-murid sentiasa       berkeadaan bersih.
  • Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segi tingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
  • Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikan murid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
  • Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan  murid-murid     sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
  • Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah di dalam dan di luar kelas.
  • Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.

No comments:

Post a Comment