Monday, August 24, 2015

Panduan Penubuhan Tadika

Pengenalan
Bagi menubuhkan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak seseorang pengurus haruslah mengetahui peraturan penubuhan. Ia adalah SALAH dan BOLEH DIDAKWA di sisi undang-undang, jika tidak melalui prosedur yang sah. Pengusaha perlu memahami konsep TADIKA. Tadika adalah bermaksud Taman Didikan Kanak-Kanak yang dibina berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK). Jumlah kanak-kanak disesebuah kelas tidak melebihi 25 orang dan beroperasi selama tidak kurang dari 3 jam. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu dipatuhi sebelum menubuhkan sesebuah Tadika.


1. Seksyen dan Akta (Seksyen 20, Akta Pendidikan 1996)

  • Tiada tadika yang boleh ditubuhkan, dikendali atau diruskan jka tidak didaftarkan di bawah akta ini.
  • Setiap tadika ditubuhkan tertakluk kepada undang-undang yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996.
  • Ini bagi bagi memastikan perkhidmatan pendidikan prasekolah yang ditawarkan memenuhi keperluan dan hak kanak-kanak.
  • Penubuhan Taska pula haruslah mengikut peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.
2. Premis
Lokasi
  • Persekitaran selamat
  • Udara yang bersih
  • Tiada pencemaran bunyi
  • Mendapat keizinan dari penduduk sekeliling
  • Conohnya lot tepi, banglo dan balai raya
Fizikal
  • Premis atas tanah 
  • Menyediakan kemdahan bagi kanak-kanak OKU
  • Bukan rumah persendirian
  • Tadika dan Taska tidak boleh disatu
Keselamatan
  • Sekurang-kurangnya 2 pintu
  • Peralatan eletrik tidak mudah dicapai
  • Kolam renang dalam kuantiti air yang betul
  • Menyediakan peti kecemasan dan alat pemadam api
Kesihatan
  • Kehadiran pencahayaan dan udara yang mencukupi
  • Kuantiti bilik air dan air yang mencukupi
Contoh Tadika yang baik

3. Nama Tadika
  • Meletakkan nama TADIKA di hadapan
  • Bukan nama etnik
  • Nama dari individu mesti mendapatkan keizinan terlebih dahulu
  • Tidak menggunakan nama pemimpin dari luar negara
  • Tidak menggunakan nama yang sama
Contoh nama tadika

Contoh nama tadika
4. Kemasukan
  • Kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun
  • Kanak-kanak OKU
  • Ibu bapa penjaga perlu mengisi borang pendaftaran
Contoh borang pendaftaran tadika
5. Kurikulum
  • Menggunakan kandungan standard prasekolah (KSPK)
  • Bahasa Melayu sebagai pengantaraan
  • Bahasa Melayu diajar sekurang-kurangnya 2 jam seminggu 
  • Pendidikan Islam perlu diajar oleh guru beragama Islam
  • Pendidikan moral adalah untuk pelajar bukan muslim
6. Pemilikan
  • Individu mestilah warganera Malaysia
  • Berdaftar dengan pendaftar perniagaan sekiranya pemilikan perseorangan atau pun perkongsian
  • Pemilikan tadika swasta perlu berdaftar dengan Pendaftar Syarikat 

No comments:

Post a Comment