Pengenalan
Program berkala prasekolah adalah sesuatu projek jangka masa pendek atau panjang yang dijalankan oleh pihak prasekolah. Program tersebut adalah berdasarkan guru dan kolaborasi pihak sekolah dan pihak ibu bapa
.
Objektif Penyediaan Program
- Memudahkan pihak pengurusan merancang aktiviti untuk kanak-kanak selain daripada aktiviti harian
- Ibu bapa berpeluang mengetahui dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
- Kanak-kanak mendapat faedah daripada aktiviti yang dijalankan.
Jenis-Jenis Program Yang Boleh Dirancang
1. Pendaftaran dan Minggu Suai Kenal
- Kanak-kanak boleh berkenalan dengan rakan-rakan yang baru seacara formal.
- Aktiviti yang dijalankan membantu kanak-kanak berinteraksi dan berkomunikasi.
- Kanak-kanak boleh memilih aktiviti yang digemari.
- Guru/pengasuh dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih dekat lagi.
 |
Gelagak kanak-kanak di hari minggu suai kenal |
 |
Aktiviti di hari suai kenal |
2. Perjumpaan Ibu Bapa
- Membolehkan guru dapat mengenali ahli keluarga kanak-kanak dan memahami dengan lebih mendalam karakter kanak-kanak di rumah.
- Membincangkan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan
- Membina hubungan baik dengan pihak sekolah
 |
Perjumpaan ibu bapa dengan guru |
 |
Sesi temu bual antara ibu bapa dan guru |
3. Sambutan Hari Jadi
- Untuk menghargai kanak-kanak supaya mereka merasa seronok.
- Boleh dibuat secara berkumpulan dengan mengumpul beberapa bulan sekali kank-kanak menyambut hari jadi.
- Mmebuat persediaan termasuk aktiviti dan makanan.
- Boleh memohon sumbangan dari aspek kewangan dan bahan.
 |
Sesi kanak-kanak bergambar bersama guru di majlis hari jadi |
 |
Majlis hari jadi kanak-kanak |
4. Lawatan
- Sekurang-kurangnya dibuat dua kali setahun.
- Kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran yang kaya dengan pengalaman baru secara hands on.
- Mereka perlu diberi persekitaran yang dapat meneroka, merangsang dan menyeronokkan.
 |
Lawatan ke Pangkalan Tentera Udara |
 |
Lawatan ke zoo |
 |
Lawatan ke muzium padi |
 |
Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat |
5. Sukan
- Melahirkan kanak-kanak yang cergas, sihat dan aktif bersukan
- Merapatkan hubungan dengan ibu bapa dalam bersama-sama membuat persiapan dengan menjadi AJK semasa dan selepas aktiviti
- Memupuk kerjasama dan bertanggungjawab di kalangan kanak-kanak semasa bersukan
 |
Aktiviti perarakan |
 |
Pertandingan/ acara untuk kanak-kanak |
6. Hari Graduan atau Konvokesyen
No comments:
Post a Comment